Penolakan keangkuhan PH bakal diterjemah dalam PRN - Pas

Penolakan keangkuhan PH bakal diterjemah dalam PRN – Pas

Khairil Nizam Khirudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keangkuhan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa menghina pengundi muda tidak pelajaran kerana memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal diterjemahkan penolakan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan didakwa dibuat menerusi ucapan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini jelas sama sekali menghina pengundi muda dan ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

“Jelas sekali mereka amat terkesan dengan penolakan pengundi muda kepada PH pada PRU15. Kebangkitan anak-anak muda daripada semua latar belakang menolak PH dan BN amat jelas, malah ramai dalam kalangan mereka ini adalah terpelajar dan berkerjaya.

“Kami yakin dengan keangkuhan sikap pemimpin PH ini ini bakal diterjemah dengan penolakan lebih ramai anak pelbagai latar belakang terhadap PH dalam PRN di Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang nanti.

“PN mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua anak muda bandar dan luar bandar serta yang berada di luar negara yang memberikan sokongan kepada kami,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu merujuk ucapan Saifuddin semasa Konvensyen PH Kedah pada 25 Februari apabila didakwa menghina pengundi muda serta menuduh mereka tidak berpelajaran kerana telah mengundi PN pada PRU15 yang dikatakan tular di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya