KEMAMAN: Seorang penjaga gajah di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, dekat sini, melalui detik cemas selepas diserang seekor gajah jantan berusia 13 tahun, yang menyebabkannya parah minggu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu, Musbaha Din, 37, cedera di perut kirinya, selain mengalami pendarahan di beberapa organ dalaman selepas ditusuk gading gajah tersebut. Menceritakan detik cemasnya, bapa kepada dua anak itu berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga lagi rakan sekerja sedang memandikan gajah seberat 1.5 tan yang dikenali sebagai ‘Talong’ dan seekor lagi gajah dewasa lain. “Ketika saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya