Pemuda dituduh lakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan - Utusan Malaysia

Pemuda dituduh lakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan

PEMUDA yang dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak saudaranya itu yang ketika kejadian berumur 10 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh terhadap mangsa di sebuah rumah di daerah ini antara Januari sehingga Mac pada 2020.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya