Pemuda alami gangguan bipolar ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Pemuda alami gangguan bipolar ditemukan lemas

PASUKAN penyelamat mengusung mayat lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Paka, Dungun, petang ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Pencarian pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Paka semalam berakhir selepas mayatnya ditemukan pasukan penyelamat di Sungai Paka di sini, petang ini. 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki berusia 31 tahun  yang mempunyai gangguan bipolar ditemukan lemas di sungai tersebut pada jarak 20 meter dari lokasi dia dipercayai terjun kira-kira pukul 4.10 petang. 

“Mayat mangsa di dasar sungai pada kedalaman kira-kira dua meter tersangkut di bawah timbunan ranting kayu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, petang ini. 

Pemuda dari Taman Murni Perdana, Paka itu terjun dari Jambatan Paka pada pukul 9.10 malam tadi dan tindakan lelaki itu disedari seorang penunggang motosikal sebelum menghubungi pasukan penyelamat.

Baharudin memberitahu, keadaan air sungai yang surut turut membantu memudahkan pencarian mangsa di dasar sungai. 

“Operasi mencari dan menyelamat hampir sembilan jam tersebut disertai 42 anggota pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk polis, Bomba dan Penyelamat, serta anggota Jabatan Sukarelawan  Malaysia (Rela). 

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya