Pemisahan Mass Comm lalui LPU UiTM - Utusan Malaysia

Pemisahan Mass Comm lalui LPU UiTM

LPU
ROZIAH Mohd. Janor (tiga, kanan) menyaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal (dua, kanan) merasmikan buku 'Memperkasa Kesejahteraan Komuniti' terbitan KPT dekat Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemisahan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) akan dibuat melalui Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, beberapa perkara perlu diselesaikan dahulu seperti urusan tawaran kemasukan, pembiayaan pengajian dan sebagainya, sebelum pemisahan itu dapat dilaksanakan secara rasmi.

“Antara perkara yang perlu dibuat seperti pembentukan semula jawatan dekan bagi fakulti, struktur organisasi fakulti, sumber kewangan fakulti dan lain-lain.

“Selepas itu, saya perlu bentang semua perkara ini kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM untuk kelulusan. Jadi semua itu ambil sedikit masa untuk dilakukan,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Penutupan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental dan Penyakit Jarang Jumpa di Hospital Al-Sultan Abdullah, hari ini.

Justeru, beliau menambah ketika ini Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Informasi masih lagi berada dalam gabungan KPPIM.

Jelas Roziah lagi, bagaimanapun UiTM komited untuk proses pemisahan FKPM daripada KPPIM secepat mungkin seawal tiga bulan.

“Namun pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta saya untuk terus melakukan proses pemisahan. 

“Jadi, saya ambil maklum perkara ini dan beritahu mereka yang hadir pada mesyuarat (yang membincangkan mengenai isu pemisahan FKPM) di Putrajaya semalam (Isnin) bahawa saya akan lakukan proses ini dengan kadar segera,” jelasnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan KPT telah memutuskan bahawa FKPM akan dikeluarkan daripada KPPIM.

Keputusan itu dicapai dan dipersetujui dalam pertemuan antara Roziah bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr. Husaini Omar yang turut disertai Presiden Persatuan Alumni Mass Comm, Basree Rakijan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya