Pemilik premis bantah Bazar Aidilfitri Klebang Utama

Pemilik premis bantah Bazar Aidilfitri Klebang Utama

KHEMAH yang didirikan didakwa 'menutup' premis perniagaan di Klebang Utama, Melaka dan kesesakan orang ramai menyebabkan restoran dan premis tidak dapat dimasuki pelanggan. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemilik premis perniagaan di Klebang Utama dekat sini meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi membenarkan bazar Aidilfitri didirikan di laluan dan parkir di situ.

Para peniaga mendakwa, sejak dua tahun lalu mereka menanggung kerugian antara RM10,000 hingga RM35,000 sepanjang bulan puasa, apabila bahagian hadapan premis ‘ditutup’ oleh khemah yang didirikan untuk bazar itu beroperasi.

Dakwa mereka, bukan setakat pemilik premis terjejas, tetapi majoriti penduduk di Taman Klebang Utama turut membantah pembukaan bazar tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pemilik premis makanan segera, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, pihaknya menanggung kerugian RM10,000 pada 2021 dan RM15,000 tahun lalu apabila operasi perniagaan ditutup oleh khemah bazar.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan tidak dapat memasuki premis kerana berlaku kesesakan teruk selepas waktu berbuka puasa.

“Bukan saya sahaja mengalami kerugian tetapi ramai peniaga yang menyewa premis di sini mengalami nasib sama apabila bahagian hadapan ditutup khemah bazar.

“Macam mana pelanggan hendak datang makan atau membeli-belah, diganggu kesesakan pelanggan bazar, selain terpaksa meletakkan kereta jauh dari situ,” katanya ketika ditemui.

Beliau memaklumkan, telah menghantar surat bantahan kepada MBMB agar bazar tidak didirikan di situ bulan depan, sebaliknya dipindahkan ke kawasan Pantai Klebang.

Seorang lagi peniaga restoran, Shahril Mahmood berkata, sejak bazar Aidilfitri didirikan di situ, perniagaannya mengalami kerugian teruk iaitu sebanyak RM30,000 pada 2022 dan RM35,000 pada 2021.

“Macam mana hendak berniaga kalau bahagian hadapan premis ditutup dengan khemah. Meja untuk pelanggan makan pun saya tidak dapat buka di ruang hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya