Pemasangan meter air pintar di Selangor mulai bulan ini - Utusan Malaysia

Pemasangan meter air pintar di Selangor mulai bulan ini

Meter pintar
KAKITANGAN Air Selangor melaksanakan kerja rangkaian paip lama sepanjang 77.2km pada tahun lalu di sekitar Gombak dan Petaling, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan pemasangan meter air pintar secara berperingkat bermula pertengahan bulan ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Abas Abdullah berkata, pelaksanaan projek menerusi Rancangan Inisiatif 2023 itu melibatkan penggantian meter air sedia ada kepada pengguna.

“Meter air pintar itu merupakan peranti digital yang merekodkan data penggunaan air secara automatik. 

“Data itu boleh menunjukkan kepada pengguna mengenai corak penggunaan air mereka sekaligus menggalakkan pengurusan dengan cara lebih bijak,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Air Selangor turut memfokuskan penggantian paip terutama usang kritikal sepanjang 110 kilometer (km) bagi dengan melibatkan komuniti di lokasi kerap berlaku pencemaran dan paip pecah bagi menyalurkan bekalan air terawat bersih kepada pengguna.

“Projek itu melibatkan rangkaian saluran paip sepanjang 30,422km di Selangor dengan menumpukan lokasi kritikal seperti wilayah Gombak dan Petaling.  Sepanjang tahun lalu, kita berjaya melaksanakan kerja penggantian rangkaian paip lama sepanjang 77.2km.

“Kita berjaya mencapai Indeks Paip Pecah (PBI) sebanyak 5.35 kes paip pecah setiap 100km iaitu lebih rendah daripada yang ditetapkan penanda aras antarabangsa. Penanda aras PBI itu melibatkan sebanyak 13 kes bagi setiap 100 km,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, margin rizab air diharap mencapai sasaran 19.8 peratus dengan penyiapan Koridor Utara Langat 2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada hujung tahun ini.

“Kita juga mahu mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) kepada 27 peratus menerusi program seperti pengurusan kebocoran, penggantian aset dan kualiti pembaikan. Pembangunan aset baharu melibatkan Skim Bekalan Air Rasau dan Labohan Dagang turut dijadualkan pertengahan tahun ini,” jelasnya.

Tambah Abas, Air Selangor turut memfokuskan penyelesaian pemulihan empat kolam takungan yang tidak digunakan di negeri ini dengan menyelesaikan pemulihan dan menaik taraf 10 rumah pam sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya