Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sendiri

Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sendiri

KEADAAN mangsa maut dihempap kereta sendiri di PPAM, Presint 5, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malang menimpa seorang pemandu e-hailing apabila maut akibat dihempap keretanya sendiri ketika sedang membaiki kenderaan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.48 pagi di sebuah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai
Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 30, maut serta-merta akibat tersepit di bawah kereta jenis Perodua Bezza itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemukan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, insiden berlaku apabila mangsa dikatakan sedang menukar minyak hitam dan brek tayar hadapan kereta sebelum dihempap kereta berkenaan.

“Anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum mengalihkan mangsa dari bawah kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.

A. Asmadi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada isteri mangsa yang juga seorang penjawat awam di sebuah kementerian.

Menurutnya, pihaknya juga dimaklumkan, proses bedah siasat akan dilakukan esok pagi bagi menentukan punca kematian mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya