Pemain pilihan utama mudah ke suku akhir - Utusan Malaysia

Pemain pilihan utama mudah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pilihan utama, Lanlana Tararude tidak menghadapi sebarang masalah untuk mara ke suku akhir perseorangan Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour yang sedang berlangsung di Arena Tenis Perak di sini.

Pemain Thailand itu mudah melepasi halangan Kisa Yoshioko dari Jepun 6-2, 6-0 pada pusingan 16 semalam untuk menempah pertemuan dengan Mei Yamaguchi dari Jepun, hari ini.

Yamaguchi, pilihan ketujuh kejohanan menang ke atas Shuo Feng dari China 6-2, 3-0.

Turut layak ke suku akhir ialah pilihan keempat, Kim Dabin dari Korea Selatan yang menundukkan Haine Ogata dari Jepun 6-3, 6-2.

Kim akan bertemu pilihan kelapan, Ayumi Koshiishi selepas pemain Jepun itu menewaskan Sara Nayar (Australia), 6-4,6-3.

Pilihan ketiga, Chanta Anchisa (Thailand) juga layak ke suku akhir selepas mengatasi Sukhotina Anastasia dari Kazakstan 6-3, 7-5.

Jaeda Daniel dari Australia yang melakukan kejutan dengan menyingkir pemain pilihan kedua di pusingan 16 kelmarin, meneruskan kecemerlangan dengan kejayaan 7-5, 6-4 ke atas Riko Sawayanagi (Jepun) untuk mara ke suku akhir.

Kejutan berlaku dalam acara beregu apabila pilihan kedua, Dabin Kim-Juri Namigata (Korea/Jepun) tumpas 3-6, 3-6 kepada Li Yun-Yun (Taiwan) Popslavska Anastasiia (Ukraine).

Bagaimanapun pilihan utama,Gozal Ainitdinova dan Sukhotina Anastasia (Kazakstan) melalui detik cemas sebelum melepasi halangan Chisa Honusuma- Haine Ogata (Jepun) 7-5, 7-6 (4).

Turut layak ke separuh akhir ialah pasangan China, Shuo Feng-Hanyu Guo dan Ashmitha Easwaramurthi-Aoi Ito. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya