Pekerja asing isi kekosongan sektor perladangan - Utusan Malaysia

Pekerja asing isi kekosongan sektor perladangan

MOHAMAD Sabu meninjau salah sebuah gerai selepas merasmikan Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di Padang Kota, Pulau Pinang hari ini. - Pic IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan sedang menambah bilangan pekerja asing di sektor perladangan sekali gus dijangka menyelesaikan masalah kekurangan telur dan ayam menjelang Ramadan nanti.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia susulan tindakan pemutihan yang dilaksanakan terhadap 200,000 pekerja asing yang berada dalam negara ini.

Jelas beliau, antara punca masalah bekalan telur dan ayam terjejas adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di samping kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung.

“Oleh itu, saya telah berbincang dengan pengusaha telur dan ayam, malah pekerja akan ditambah di lokasi-lokasi perladangan yang mengalami masalah kekurangan pekerja.

“Kelonggaran syarat pengambilan pekerja asing menjadi pemudah cara di mana agensi berkaitan seperti pihak polis dan Jabatan Imigresen melaksanakan pemutihan bagi membolehkan warga asing yang ada di negara ini dapat bekerja secara sah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di Padang Kota, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha MAFS, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, bekalan makanan negara sentiasa mencukupi meskipun harganya mengalami kenaikan dan penurunan.

“Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) iaitu peringkat antarabangsa meletakkan Malaysia tahun lepas markah 100.

“Ertinya kita tiadalah rakyat sampai tak ada makanan, mungkin harga naik dan turun tapi makanan ada dan kita tak menerima bantuan antarabangsa dari sudut makanan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya