Pejuang rela pilih parti terpalit rasuah - Tun M

Pejuang rela pilih parti terpalit rasuah – Tun M

GTA sah akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) namun belum putuskan sama ada bertanding sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) lebih utamakan parti-parti lain yang terlibat dengan rasuah berbanding Gerakan Tanah Air (GTA) yang bebas dan bersih dari gejala itu.

Bekas Pengerusi Pejuang itu berkata, beliau hairan kenapa parti itu sanggup keluar GTA yang mana pemimpinnya langsung tidak terpalit dengan rasuah.

“Kita cuba nak cantumkan orang Melayu yang bersih rasuah menerusi GTA kerana parti yang besar semua terlibat dengan rasuah.

“Parti kecil yang tinggal sekarang hanyalah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ditanya apa reaksi Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung perkara itu, Dr. Mahathir bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak tahu, itu pemikiran dia (Mukhriz),” jelasnya sambil mengakui kecewa dengan keputusan Pejuang keluar dari GTA.

Dalam Perhimpunan Agung Pejuang baru-baru ini, Mukhriz mengumumkan keputusan keluar daripada GTA bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan politik.

Selain itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, setakat ini, PH belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai dakwaan Pejuang untuk menyertai gabungan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya