Pastikan tiada aktiviti penerokaan tanah di puncak Bukit Tinggi

Pastikan tiada aktiviti penerokaan tanah di puncak Bukit Tinggi

KUM Koh Leong (kanan) dan Kok Moi menunjukkan paras air banjir kilat yang melanda kediaman mereka Ahad lalu di Kampung Bukit Tinggi di Bentong, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Penduduk Bukit Tinggi di sini menggesa kerajaan memastikan tiada aktiviti penerokaan tanah dan hutan di puncak bukit itu bagi mengelakkan banjir lumpur berulang.

Penduduk menyifatkan kejadian kepala air ekoran hujan lebat yang mengakibatkan kawasan penempatan dan premis di Kampung Bukit Tinggi dilanda banjir lumpur, Ahad lalu paling buruk pernah berlaku di situ.

Seorang penduduk Liang Ah Mei, 78, terkejut aliran air deras melalui rumahnya kira-kira pada pukul 6.30 petang kelmarin menyebabkan beberapa barangan dihanyutkan.

“Ini adalah banjir kilat yang membawa banyak lumpur berbanding dua kejadian sebelum ini.

“Penduduk sentiasa bimbang setiap kali hujan lebat kerana kebarangkalian berlakunya kilat disebabkan pelbagai faktor,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Tinggi di sini.
Ahad lalu, kejadian kepala air akibat hujan lebat mengakibatkan kawasan penempatan dan premis di Kampung Bukit Tinggi dilanda banjir lumpur.

Dalam kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong, kejadian bermula pada pukul 6.30 petang berpunca daripada hujan lebat turun di kawasan tersebut, bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan mangsa.

Sebanyak 15 premis perniagaan dan lima buah rumah penduduk terbabit dalam kejadian di luar dugaan itu.

Seorang lagi penduduk, Kum Koh Leong@Kum Kwai menyifatkan kejadian banjir lumpur kali ini paling teruk berlaku walaupun tidak melibatkan pemindahan mangsa.

Tambahnya, mereka bernasib baik hujan lebat tidak berpanjangan yang mungkin boleh berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kami sekeluarga tidak tidur malam bimbang aliran banjir dari bukit boleh menyebabkan tanah runtuh,” katanya.

Seorang penduduk, Kok Moi, 78, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turun padang meninjau ke lokasi serta menyumbangkan RM200 000 untuk projek penyelenggaran longkang dan keperluan asas di kampung itu.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya