RM23 juta naik taraf Pasar awam Bukit Mertajam

RM23 juta naik taraf pasar awam Bukit Mertajam

bukit mertajam
NGA Kor Ming (kiri) meneliti pelan cadangan projek naik taraf pasar awam Bukit Mertajam, Pulau Pinang ketika meninjau pasar tersebut hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Pasar awam Bukit Mertajam di sini, yang berusia lebih 56 tahun bakal berwajah baharu menerusi kerja naik taraf yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.

Projek pembangunan bernilai RM23 juta yang disalurkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu terbahagi kepada lima komponen utama meliputi kawasan seluas 12,800 meter persegi yang dapat memanfaatkan peniaga dan komuniti setempat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, selain naik taraf pasar awam, proses pembangunan turut membabitkan kerja pembinaan tempat letak kereta bertingkat, peningkatan infrastruktur, kemudahan pasar sementara dan Bukit Mertajam Creative Centre.

“KPKT komited membangunkan semula pasar awam yang pernah terbakar 10 tahun lalu ini, malah fasiliti yang bakal disediakan dapat memanfaatkan lebih 380 peniaga di sini.

“Menerusi konsep ubah suai yang lebih luas dan moden, tidak mustahil projek ini dapat menjadi mercu tanda baharu Bukit Mertajam sekali gus diangkat sebagai salah satu destinasi pelancongan di Pulau Pinang apabila siap sepenuhnya pada 2026,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mendengar pembentangan cadangan projek pembangunan pasar awam itu di premis terbabit di sini hari ini.

Tambah Kor Ming, pihaknya turut bekerjasama dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bagi mencari reka bentuk terbaik pasar awam yang akan dinaik taraf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya