Pasangan bukan pilihan lakar kejutan - Utusan Malaysia

Pasangan bukan pilihan lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pasangan bukan pilihan melakukan kejutan dengan mara ke final acara beregu kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour di Arena Tenis Perak di Ipoh sebentar tadi.

Pasangan China, Feng Shuo-Guo Hanyu mempamer persembahan cemerlang ketika mengecewakan pilihan utama, Gozal Ainitdinova-Anastasia Sukhotina 6-3, 6-4.

Pasangan Kazakstan itu yang menduduki ranking ke-969 WTF ternyata tidak mempunyai jawapan kepada corak mantap dan bertenaga lawan.

Gozal-Anastasia yang dijangka melepasi halangan aksi hari ini sebaliknya gagal mempamer permainan biasa mereka.

Sebaliknya, Feng-Guo yang menduduki ranking ke-1,116 ITF berjaya mengekploitasi kelemahan lawan dalam pertarungan ibarat ‘ buku dengan ruas’ itu.

Sementara satu lagi pasangan, Yu-Yun Li ( Taipei)-Anastasiia Poplavska (Ukraine) terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi gandingan Easwaramurthi Ashmi-Ito Aoi (India-Jepun) 7-6(6), 7-5 .

Sementara pilihan utama acara perseorangan, Lanlana Tararudee seperti dijangka mara ke separuh akhir.

Pemain ranking ke-369 WTF tidak menghadapi masalah menumpaskan Mei Yamaguchi dari Jepun, 6-3, 6-0 .

Turut mara ialah Ayumi Koshiishi (Jepun) yang mengatasi Dabin Kim (Australia) 6-2,7-5.

Pemain Thailand, Chanta Anchisa turut layak ke separuh akhir apabila pilihan ketiga itu menumpaskan Xun Fang Ying 7-6(3), 6-4.

Jaeda Daniel dari Australia yang dua hari lalu menunjuk pintu keluar buat pilihan kedua kejohanan, Gozal Ainitdinova juga menepati jangkaan selepas menundukkan Guo Hanyu (China) 7-5, 6-4. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya