Pasangan bukan Islam rai perkahwinan sempena Hari Kekasih

Pasangan bukan Islam rai perkahwinan sempena Hari Kekasih

PASANGAN bukan Islam mendaftarkan perkahwinan sivil mereka di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. - GAMBAR IHSAN JPN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 17 pasangan bukan Islam memilih mendaftarkan perkahwinan sivil mereka di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.

Lebih menggembirakan, hari ini adalah tanggal 14 Februari iaitu tarikh yang sinonim sebagai hari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih.

Sumber JPN memaklumkan, selain Putrajaya, beberapa pejabat JPN negeri turut ‘diserbu’ pasangan bukan Islam untuk mengabadikan detik istimewa dalam hidup mereka sempena hari istimewa itu.

Menurutnya, seramai 14 pasangan direkodkan di Kuala Lumpur, Pahang (14 pasangan), Selangor (10 pasangan), Perak (lapan pasangan) dan Sabah (tujuh pasangan).

“Di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, 10 pasangan Cina didaftarkan selain tujuh pasangan India,” katanya.

Katanya, kesemua pasangan bukan Islam itu dikahwinkan mengikut upacara sivil di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian.

Jelasnya lagi, JPN bertanggungjawab mendaftarkan perkahwinan sivil di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

JPN menetapkan, pemohon yang ingin memohon berkahwin secara sivil perlu menyemak dahulu daerah perkahwinan termasuk terma dan syarat yang ditetapkan.

Antara syarat permohonan perkahwinan sivil termasuk pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas dan pemohon serta pasangan mestilah bertaraf warganegara Malaysia.

Syarat lain termasuk pemohon dan pasangan mestilah beralamat di daerah yang sama (berdasarkan rekod alamat MyKAD) manakala, pemohon juga bukanlah anggota tentera atau polis.

Bagi permohonan pendaftaran perkahwinan secara dalam talian, terdapat 14 daerah perkahwinan yang terlibat termasuk Putrajaya/Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Ipoh, Alor Setar, Georgetown, Kuching, Kangar, Seremban, Ayer Keroh, Shah Alam, Johor Baharu, Kuantan dan Kota Bharu.

Permohonan pendaftaran perkahwinan sivil di JPN boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari melayari https://oskc.jpn.gov.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya