Pas alukan kedatangan ‘orang hebat’ UMNO - Utusan Malaysia

Pas alukan kedatangan ‘orang hebat’ UMNO

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pas mengalu-alukan penyertaan bekas pemimpin UMNO ke dalam parti tersebut yang disifatkan mampu memberi impak positif terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. 

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor beranggapan pemimpin berkenaan yang dipecat daripada parti tersebut merupakan individu hebat termasuk berpengalaman dan berpengaruh.

“Kesan positif (penyertaan bekas pemimpin UMNO) kerana yang dibuang daripada UMNO orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat, KJ (Khairy Jamaluddin)? Siapa kata tak hebat, Siapa kata Annuar Musa, Noh Omar, Shahidan Kassim, Hishamuddin tidak hebat? Semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia.

“Prestasi KJ, berapa lama beliau jadi menteri, orang hebat, kalau dapat menyertai Perikatan Nasional (PN). Apa dia nak jadi pun Alhamdulillah, terima kasih. Saya harap ia menjadi kenyataan, orang baik mai (dipersilakan), orang tidak bagus pergi berhimpun belah sana (Pakatan Harapan),” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyerahan Surat Hak Milik, Lesen Menduduki Sementara, Hak Milik Sambungan dan Cukai Tanah di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi mengulas tentang kenyataan Khairy bahawa beliau menerima tawaran untuk bertanding pada PRN Selangor tanpa menyebut nama parti terlibat.

Sementara itu, mengulas tentang kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sokongan pengundi Melayu kini bertambah, katanya, ia bukan sesuatu yang mengejutkan sejak UMNO bekerjasama dengan gabungan tersebut. 

“Dia ambil (sekali) yang (mengundi) UMNO masuk situ (dalam peratusan dinyatakan), sokongan orang Melayu kepada UMNO memang ada, UMNO menang 26 kerusi (Parlimen) campur (parti komponen) BN, empat kerusi, (keseluruhan semua) jadi 30 (kerusi).

“(Anwar) ambil yang itu (sebenarnya), bubuh (masukkan) di situ, jadi banyak (sehingga dapat 31 peratus), (dia buat) macam orang tidak tahu. (Sebenarnya) tidak perlu cakap kami pun dapat sokongan orang Melayu, (sekarang semua boleh) tengok sendiri, (semua) orang tahu,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, berdasarkan data analisis awal kajian yang dilakukan mendapati secara keseluruhan gabungan itu menerima sebanyak 31 peratus undian daripada pengundi Melayu, dan data berkenaan akan dikemas kini dalam tempoh seminggu dua lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya