Jika menteri, timbalan tiada dalam dewan, kami masih di Parlimen

Parlimen : Jika menteri, timbalan tiada dalam dewan, kami masih di Parlimen untuk urusan kementerian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebanyakan menteri dan timbalannya masih Parlimen untuk urusan kementerian sekiranya mereka tiada di dalam Dewan Rakyat pada waktu-waktu tertentu. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Melalui hantaran sama, beliau turut menyertakan gambar perbincangan bersama Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berhubung Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

“Begini suasana kami di Parlimen, sekiranya tiada soalan yang perlu dijawab kami akan lanjutkan dengan urusan mesyuarat, perbincangan ataupun pertemuan yang melibatkan hal-hal kementerian.

“Sebab itu ada waktu-waktu tertentu, Menteri atau Timbalan tiada di dalam Dewan Rakyat. Tapi kebanyakan kami masih di Parlimen untuk urusan kementerian,” katanya. 

Sebelum ini, beberapa pihak membangkitkan isu ketidakhadiran Ahli Parlimen terutamanya anggota Jemaah Menteri dalam sidang Dewan Rakyat. 

Ia susulan ruang yang menempatkan kerusi Menteri dan Timbalan Menteri didakwa lengang dan kosong kecuali beberapa orang menteri dan timbalan sahaja yang ada.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya