'Orang KL', jom bida nombor VKL

‘Orang KL’, jom bida nombor VKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:Warga Kuala Lumpur yang masih mencari nombor plat pendaftaran kenderaan kini boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan siri nombor pendaftaran VKL.

Siri nombor pendaftaran VKL itu boleh dianggap unik kerana huruf V itu sendiri khusus mewakili plat pendaftaran bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala KL itu pula akronim atau singkatan nama bagi Kuala Lumpur.

Atas dua pertimbangan itu, maka wajarlah ‘orang KL’ untuk mendapatkan plat siri nombor pendaftaran terbaharu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

Abjad V dipilih sebagai siri kedua mewakili plat pendaftan Kuala Lumpur selepas siri pertama dengan abjad W berakhir pada Julai 2016.

Siri pendaftaran W bagi Kuala Lumpur mula digunakan sejak 1974 susulan pembentukan Wilayah Persekutuan ketika itu.

JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, bidaan siri VKL mula dibuka untuk bidaan pada 10 Februari ini menerusi https://jpjebid.jpj.gov.my dan tarikh tutup bidaan pula pada 10 malam, 14 Februari ini, manakala keputusan bidaan akan diumum pada 15 Februari ini.

Sementara itu, di ruang komen hantaran berkenaan, warganet masing-masing berkongsi rasa teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan nombor siri unik itu.

Shamil Ameer berkata; “Ini baru betul plat KL,” katanya.

Manakala, Shahir Jamaludin pula berkata, dia menjangkakan siri nombor pendaftaran itu pasti akan mencecah bidaan paling tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya