Operasi SAR diperluaskan mencari budak dua tahun hilang

Operasi SAR diperluaskan usaha mencari budak 2 tahun hilang ketika bermain di luar rumah

KAWASAN terakhir mangsa bermain sebelum dilaporkan hilang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diperluaskan dua pasukan penyelamat dengan kaedah base line method dalam radius 3000 m dari lokasi dikenal pasti mangsa hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata seramai 7 anggota pasukan penyelamat memulakan operasi SAR disekitar kawasan ladang kelapa sawit.

Semalam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika bermain di belakang rumahnya di Kuari Batu Perigi, di sini petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 4.05 petang, sebelumnya kanak-kanak berusia dua tahun itu sedang bersama ibunya.

“Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.

“Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.

Operasi SAR dilakukan di sekitar belakang rumah serta kawasan kuari dalam radius dalam 1 kilometer sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit, katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya