Nurul Izzah ‘ganti’ motosikal hangus 

Nurul Izzah ‘ganti’ motosikal hangus 

NURUL Izzah Anwar ketika melawat lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan 15 buah motosikal di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya pada 2 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyampaikan sumbangan kepada pemilik motosikal yang hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya.

Nurul Izzah dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk membantu kumpulan B40 itu. 

Katanya menerusi posting Facebook, beliau menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan dan turut memberitahu motosikal itu merupakan mod pengangkutan tunggal yang digunakan.

“Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya. 

“Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian. Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas Kriss MR3. 

“Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan,” katanya. Saya tersentuh kerana pemilik beri diskaun apabila diberitahu tentang usahasama demi membantu keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya,” katanya. 

Pada 2 Februari lalu, sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Flat Tuna D4, Jalan Seberang Jaya. 

Difahamkan terdapat beberapa penduduk yang masih tidak dapat menggantikan motosikal mereka kerana kesempitan hidup. 

Dalam posting itu, Nurul Izzah turut memberitahu pasukannya juga memudahkan proses penyediaan lesen, cukai jalan dan insurans. 

“Berkat dukungan pasukan dan sukarelawan, proses lesen, road tax, insuran, dan isi minyak full tank selesai! 

“Semoga token kecil ini dapat membantu mereka mencari pendapatan dan meneruskan kehidupan. ‘Kuda’ dah ada, bolehlah pergi mencari rezeki semula.

“Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya