Nurul Hazwani, Puteri Farhana berganding mahu perkukuh semula UMNO

Nurul Hazwani, Puteri Farhana berganding mahu perkukuh semula UMNO

NURUL HAZWANI HASLAN dan PUTERI FARHANA MEGAT AHMAD SHAHRANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Ketua Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan mengumumkan berganding dengan Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani sebagai calon Naib Ketua Puteri demi matlamat memperkukuhkan kembali parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Nurul Hazwani yang juga Setiausaha Puteri berkata, sayap itu memerlukan satu gandingan yang mampu membawa Puteri ke satu tahap yang lebih baik untuk mengurus dan memacu demi mengembalikan semula sokongan anak muda kepada parti.

“Sinergi di antara saya dan Puteri Farhana, yang sebelum ini exco Puteri, sebagai calon ketua dan naib ketua diperlukan oleh Puteri agar nilai kebersamaan dan ‘sisterhood’ yang ingin dibawa ini dapat digarap secara bersama, seterusnya memastikan hala tuju serta tekad Puteri berjalan seiring dan senada,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Setakat ini, lima lagi calon bagi jawatan Ketua Puteri iaitu Ahli Majlis Tertinggi (MT),Datuk Khaidirah Abu Zahar; Naib Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi; Exco Puteri, Fadhwa Anuar; Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai, Dr. Masliha Harun dan Ketua Puteri Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin telah menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2023-2026 tetapi tanpa kerjasama berpasukan.

Pengalaman Nurul Hazwani sebagai Penolong Setiausaha dan Puteri Farhana sebagai Exco merangkap Biro Kebajikan sebelum ini merupakan satu adunan tepat buat Pergerakan Sayap ini.

Tambah Nurul Hazwani, pengalaman yang ada bagi kedua-dua calon sangat diperlukan bagi mendepani cabaran besar dan untuk melangkah lebih jauh ke hadapan selain bagi memastikan Puteri terus kekal segar merentas pelbagai lapangan.

“Ketika ini Puteri perlu mempunyai gandingan kepimpinan yang lebih bertenaga dan mampu untuk memulihkan kembali semangat juang wanita muda di dalam parti keramat UMNO ini.

“Hubungan yang terjalin antara dua gandingan ini membolehkan segala gerak kerja dapat diselaraskan dengan padu dan jitu.

“Hiruk pikuk yang sudah menjadi lumrah di dalam politik tidak akan menjadi permasalahan dalaman buat Puteri kerana dua gandingan ini senada, seia dan sekata terutama bagi menjayakan Solusi 4S (simetri, struktur, sinergi dan stabil) yang ingin diketengahkan,” ujarnya.
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya