Nahas Genting Highlands: Pemandu van abang bertanggungjawab

Nahas Genting Highlands: Pemandu van abang yang bertanggungjawab, baik hati

KEDIAMAN pemandu van persiaran, Wong Choun Chiet yang maut dalam kemalangan di Genting Hinghlands, Pahang semalam. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pemandu van persiaran, Wong Choun Chiet, 49, yang maut dalam nahas selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands, Pahang semalam disifatkan sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dan baik hati.

Adik bongsunya yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy berkata, hubungan mereka tiga beradik juga sangat akrab.

“Mendiang anak sulung dan tinggal bersama kakak saya di Seberang Jaya.

“Mendiang memang sudah lama bekerja sebagai pemandu upahan dan mengambil pelbagai tugasan antaranya membawa rombongan ke pusat peranginan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Tingkat Tuna, di sini hari ini.

Cindy berkata, mereka yang masih terkejut dengan perkhabaran nahas itu akan ke bertolak Kuala Lumpur pagi esok untuk menuntut mayat abangnya.

“Mayat mendiang abang akan diuruskan secara ‘cremation’ (pembakaran) dan akan dibantu saudara-mara kami yang menetap di sana.

“Abu mayat akan dibawa pulang dan ditempatkan di kuil Kek Lok Si selepas selesai upacara keagamaan nanti,” katanya.

Mendiang Choun Chiet antara tujuh mangsa yang maut dalam kejadian itu yang berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti di Genting Highlands.

Van persiaran tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan di lokasi kejadian.

Pemandu dan lima penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya