'Mummy Indonesia' dalang sindiket pelacur, kaut untung RM2.8 juta

‘Mummy Indonesia’ dalang sindiket pelacur, kaut untung RM2.8 juta

ANTARA warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan sindiket pelacuran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. - GAMBAR IHSAN JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Taktitk sindiket didalangi seorang wanita warganegara Indonesia digelar ‘Mummy’ yang berperanan menjaga dan menguruskan wanita-wanita warga asing tumpas Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 36 individu ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 9 Februari lalu.

Katanya, sindiket itu menjalankan aktiviti pelacuran dengan caj antara RM400 hingga RM500 sejam sehingga mampu mengaut keuntungan dianggarkan sebanyak RM2.8 juta dengan menggunakan modus operandi menjanjikan pekerjaan untuk dijadikan pekerja seks.

“Pasukan operasi menyerbu tiga buah pusat hiburan dan rumah transit di Selangor serta Kuala Lumpur, hasilnya seramai 36 orang individu berusia antara 18 hingga 34 tahun ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 27 wanita Indonesia, dua wanita Vietnam, empat wanita Thailand, seorang lelaki Bangladesh yang merupakan pelanggan selain dua lelaki tempatan penjaga premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, ‘mummy’ itu dikesan masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial yang diberikan untuk tujuan melancong tetapi menyalahgunakannya demi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, mereka yang ditahan menggunakan Pas Lawatan Sosial (pasangan kepada warganegara), Pas Lawatan Sosial (pengiring kepada pesakit), Pas Penggajian sebagai terapi spa selain memiliki dokumen Akuan Penerimaan bagi urusan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menurutnya, bagi urusan kemasukan wanita terbabit, mereka dipercayai perlu membayar antara RM5,000 hingga RM6,000 kepada pihak ejen.

“Semakan melalui sistem JIM ke atas semua tahanan mendapati lima orang warga asing terdiri daripada seorang wanita Vietnam dan empat wanita Indonesia turut berada dalam senarai hitam,” tegasnya.

Jelas beliau, pelanggan juga perlu membayar antara RM400 hingga RM500 sejam bagi mendapatkan perkhidmatan seks yang ditawarkan antara pukul 10 malam hingga 3 pagi.

“Pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram,” jelasnya.

Mereka yang diperiksa dan ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan warganegara asing ditahan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor, manakala dua lagi suspek warganegara Malaysia ditahan untuk siasatan di bawah akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya