PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendakwa parti itu tidak mendapat makluman dan jemputan berhubung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat pertama kali di Menara Dato’ Onn, malam semalam. Setiausaha Agungnya, Amir Hadi mendakwa, parti itu hanya mengetahui mesyuarat tersebut berlangsung melalui laporan media. “Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tetapi tak tahu apa-apa. Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu sudah ada keputusan. “Saya Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya. Tidak ada surat, mesej, e-mel dan sebagainya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya