Menu Rahmah: UiTM sedia bincang dengan 200 operator - Utusan Malaysia

Menu Rahmah: UiTM sedia bincang dengan 200 operator

Menu Rahmah
ROZIAH Mohd. Janor (tengah) menyaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal menyampaikan hadiah kemenangan kepada mahasiswa UiTM yang memenangi pertandingan video pendek di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 200 operator cafe dan gerai makanan di seluruh 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dilibatkan dalam perbincangan dalam masa terdekat untuk melaksanakan penjualan Menu Rahmah.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, UiTM mengalu-alukan saranan yang dibuat Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) memperkenalkan menu tersebut.

“Sebelum ini pun, kerajaan ada memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia dan ada operator kami yang menyertai insiatif ini, namun tak ramai disebabkan mereka perlu jual makanan bagi menu itu lebih kurang RM3.50.

“Dengan kadar satu hidangan makanan RM5 bagi Menu Rahmah, saya rasa lebih ramai operator UiTM akan sertai inisiatif ini,” katanya selepas majlis perasmian dan penutupan kempen kesedaran kesihatan mental dan penyakit jarang jumpa di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, hari ini.

Mohamed Khaled sebelum ini dilaporkan berkata, KPT akan melaksanakan program menu itu di seluruh institut pengajian tinggi (IPT) dalam masa terdekat.

Malah menurut Mohamed Khaled, beliau akan memastikan semua IPTA akan melaksanakan program tersebut.

Sementara itu, Rodziah berkata, sebuah syarikat peruncitan ternama akan menyediakan Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar UiTM yang terpilih.

“Majlis berhubung bagaimana syarikat itu akan melaksanakan program itu akan dianjurkan pada Jumaat ini.

“Kami menyeru lebih banyak pemain industri makanan untuk bekerjasama dengan UiTM supaya lebih ramai pelajar universiti dalam golongan B40 dapat dibantu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya