Menu Rahmah bawah RM5 bakal diperluas di IPT

Menu Rahmah bawah RM5 bakal diperluas di IPT

menu rahmah
KERAJAAN menawarkan harga barangan mentah dan barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menu Rahmah yang menyediakan makanan berharga bawah RM5 akan dilaksanakan di semua institut pengajian (IPT) di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu sedang diperhalusi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kita sedang bekerjasama dengan KPDN. Program itu memang akan dibawa masuk ke universiti dalam masa terdekat.

“Ketika ini, saya percaya pihak kementerian sedang membuat perbincangan (berhubung pelaksanaan) program ini. Saya rasa universiti di bawah KPT tidak ada masalah dalam menyediakan ruang untuk program Menu Rahmah,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Menu Rahmah merupakan hidangan makanan berharga RM5 ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya