Melayu gagal berniaga, lebih suka tunggu kerja tetap - Tun M

Melayu gagal berniaga, lebih suka tunggu kerja tetap – Tun M

DR. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Forum Usahawan Bumiputera di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang Melayu hanya menjadikan bidang perniagaan sebagai ‘tempat persinggahan’ sebelum mendapat pekerjaan tetap, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bercakap semasa Forum Usahawan Bumiputera, ‘Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera dan Cabaran Masa Hadapan’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini, beliau berkata faktor itulah menjadi penyebab golongan bumiputera gagal dalam perniagaan dan tidak dapat mengembangkannya.

“Saya dapati banyak peniaga Melayu yang mula menjual di tepi jalan namun meninggalkannya selepas mendapat peluang bekerja dan makan gaji. Ketika ini, peluang perniagaan banyak tersedia dan ia lebih mudah terutama menerusi medium perniagaan secara dalam talian.

“Kini nak berniaga sangat mudah, tidak perlu ada kedai khusus untuk mempamerkan jualan. Hanya perlu adakan iklan dalam talian serta mendapatkan pesanan yang cukup besar,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, orang Melayu perlu memperbetul sikap (berniaga sementara) sebaliknya berusaha mengembangkan perniagaan dan menjadikannya kerjaya seumur hidup.

Bagaimanapun, kata beliau, masyarakat bumiputera juga perlu memahami selok-belok dalam perniagaan jika mahu bertahan lama.

“Bila dah faham mengenai selok-belok dan mampu atasi masalah ini, barulah boleh berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, sikap tidak membayar hutang orang Melayu menyebabkan mereka susah untuk mendapat bantuan perniagaan.

“Kita kecewa ada sesetengah orang dia tak bayar bila berhutang (dapat bantuan), jadi bila orang lain nak berhutang akan ada stigma la yang melayu ni susah bayar balik. Kini disebabkan tindakan sesetengah individu yang tidak bayar, orang lain yang menjadi mangsa. Budaya ini sangat berbeza dengan orang yang berjaya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya