Mekanik didakwa simpan sepucuk pistol

Mekanik didakwa simpan sepucuk pistol

TERTUDUH (tengah) diiringi oleh polis untuk menjalani perbicaraan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Khoidhir Mohamad Nor, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan menyalahi undang-undang memiliki sepucuk pistol jenis Colt’s Caliber Automatic yang dijumpai dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina. 

Kesalahan itu dilakukan oleh Mohamad Khoidhir di depan sebuah rumah di Kampung Belukar Kubur, Labok dekat Machang kira-kira pukul 5.30 petang pada 9 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana memiliki sepucuk pistol yang menyalahi undang-undang.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang mekanik dan jurukimpal yang memiliki sepucuk pistol bersama satu bekas peluru dan 13 butir peluru hidup dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belukar Kubur, Labok.

Serbuan dijalankan kira pukul 5.30 petang selepas kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Air Putih, Kuantan dekat Pahang pada 6 Februari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya