Mayat mangsa lemas Sungai Dengkil ditemukan selepas 3 hari

Mayat mangsa lemas Sungai Dengkil ditemukan selepas 3 hari

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengalihkan mayat mangsa lemas di perangkap sampah di Labohan Dagang, Banting, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mayat seorang wanita yang lemas di Sungai Dengkil pada Ahad lalu akhirnya berjaya ditemukan petang tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis yang memaklumkan mangsa dikenali sebagai Wong Fong Fah, 57, ditemukan orang awam dalam keadaan terapung berhampiran sebuah perangkap sampah di Labohan Dagang, Banting pukul 5.13 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya bertindak mengeluarkan mayat mangsa di lokasi tersebut sebelum disahkan waris mangsa.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan misi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 9 malam tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa memasuki hari ketiga hari ini di mana operasi pencarian menggunakan tiga buah bot, dua ekor anjing pengesan dan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam (APM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pencarian dilakukan melalui kaedah ‘mencari di permukaan sungai’ di kawasan hotspot sehingga 1 kilometer (km) dari lokasi mangsa dikatakan jatuh.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan pagi Ahad lalu dengan kekuatan 15 anggota bomba, enam anggota polis dan lapan anggota APM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa lemas itu.

Wan Kamarul Azran dilaporkan berkata, liputan carian mangsa diperluaskan hingga ke daerah Kuala Langat meliputi kawasan Banting dan Bukit Changgang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya