Mayat hanyut di Sungai Langat - Utusan Malaysia

Mayat hanyut di Sungai Langat

Mayat hanyut
KEADAAN mayat terapung yang ditemukan di Sungai Langat berdekatan Kampung Labohan Dagang, Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Suasana di Kampung Labohan Dagang, Bukit Changgang di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemukan terapung dan hanyut di Sungai Langat berdekatan kawasan itu, semalam.

Mayat pemandu lori warga tempatan berusia 28 tahun itu ditemukan seorang pemancing, kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, saksi kejadian menarik mayat itu ke tepi sungai dengan kayu sebelum menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan dikesan pada tubuh mangsa.

“Polis turut menemukan beberapa dokumen pengenalan diri lelaki yang berpakaian lengkap itu. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Ridhwan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan orang awam memaklumkan penemuan mayat yang hanyut di sungai tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya