Mangsa lemas Sungai Dengkil belum ditemukan

Mangsa lemas Sungai Dengkil belum ditemukan

MISI mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Dengkil diteruskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Misi mencari dan menyelamat seorang wanita yang dipercayai lemas di Sungai Dengkil, Ahad lalu gagal ditemukan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, misi hari ketiga menjejaki mangsa tidak menemukan sebarang petunjuk.

Beliau berkata, liputan carian mangsa kini diperluaskan ke daerah Kuala Langat meliputi kawasan Banting dan Bukit Changgang.

“Operasi mengesan mangsa turut dibantu anggota bomba dan penyelamat Kuala Langat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sepang ketika dihubungi berkata, misi hari ketiga ditangguhkan pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung pukul 8 pagi esok.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dikatakan terjun daripada sebuah jambatan di Dengkil sebelum dihanyutkan arus.

Misi mencari dan menyelamat turut disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil, Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan Jabatan Pertahanan Awam (APM) Sepang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya