Malaysia setuju lantik fasilitator bantu selesaikan konflik di selatan Thailand - Utusan Malaysia

Malaysia setuju lantik fasilitator bantu selesaikan konflik di selatan Thailand

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Prayuth Chan-o-cha dalam lawatan rasminya ke Thailand di Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan sesekali merestui sebarang tindakan berunsur keganasan sebagai jalan untuk menyelesaikan konflik termasuk di selatan Thailand yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa sahaja yang berlaku di Thailand adalah isu dalaman negara itu, namun sebagai jiran dan keluarga yang baik, Malaysia mahu menjadi pemudah cara melalui rundingan damai.

Katanya, Malaysia sendiri berkongsi matlamat sama untuk mengekal dan memastikan keamanan berterusan bagi kedua-dua negara.

“Sebab itu kita setuju melantik bekas Panglima Angkatan Tentera sebagai fasilitator, untuk bekerja dan mencari jalan bagi membantu. Saya sendiri dikenali ramai di kawasan selatan Thailand dan soal kelunturan kepercayaan, kebimbangan dalam isu ini berkaitan.

“Saya secara peribadi dikenali ramai rakan di selatan dan isu kekurangan rasa percaya, kebimbangan mengenai soal budaya dan agama akan diberikan perhatian,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya, Prayuth Chan-o-cha di Government House, Bangkok.

Dalam pada itu, Anwar dan Prayuth bersetuju bahawa kepentingan pembangunan hubungan dua hala perlu diteruskan.

Beliau optimis bahawa kedua-dua negara dapat menyelesaikannya melalui pelaburan, perdagangan dan pembangunan.

“Malangnya, pergaduhan kecil ini telah membawa kepada ketidakpercayaan, kebencian dan kami perlu merayu kepada kedua-dua pasukan di Thailand termasuk pihak di selatan dan juga di Malaysia untuk memahami bahawa keamanan adalah situasi yang paling penting.

“Kami akan faham, kerana Malaysia adalah berbilang kaum dan agama. Kita perlu memastikan dan menarik perhatian rakan-rakan kita di kedua-dua belah sempadan untuk menyelesaikannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya