Malaysia sedia timbang buka balik kedutaan di Damsyik

Malaysia sedia timbang buka balik kedutaan di Damsyik

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberikan bayangan awal kemungkinan Malaysia akan membuka semula kedutaan besarnya di Damsyik, Syria.

Walau bagaimanapun menurut beliau, untuk tempoh sementara waktu ketika ini, Konsul Kehormat Malaysia di negara itu boleh lagi berperanan sebagai pejabat misi diplomatik.

“Insya Allah, memang ada perancangan ke arah itu untuk buka balik canseri Malaysia bagi memantau isu kebajikan hampir 100 warga Malaysia di sana,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 21 anggota dari pelbagai agensi pasukan peninjau Malaysia ke Syria di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Malaysia menutup kedutaan besarnya di Syria pada 2012 lalu susulan isu perang saudara yang meletus dan urusan diplomatik ditauliahkan kepada pejabat misi di Beirut, Lebanon.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan juga boleh membantu rakyat negara ini berada di Syria yang sebahagian besarnya pelajar universiti.

Berbeza dengan Konsul Jeneral yang disandang rakyat Malaysia, Konsul Kehormat pula dilantik dalam kalangan warga tempatan sendiri dan kelazimannya individu berprofil tinggi.

Untuk kes Syria, penyandangnya seumpama bertugas sebagai duta kerana Malaysia, dan sebelum ditutup, pejabat misi diplomatik itu merekodkan lebih 200 penuntut Malaysia yang belajar dalam jurusan agama di pelbagai institusi pengajian tinggi di negara tersebut.

Dalam pada itu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Syria di Kuala Lumpur, Mohd. Ghiath Ibrahim berterima kasih atas keprihatinan kerajaan Malaysia membantu negaranya, sekali gus memberi jaminan pihak berkuasa Syria memastikan keselamatan semua anggota delegasi Malaysia yang melakukan tinjauan di kawasan terjejas gempa.

MOHD GHIATH IBRAHIM

Sepasukan askar kerajaan Syria juga dijangka mengiringi pasukan peninjau Malaysia sepanjang berada di lokasi tersebut yang masih lagi bergolak dengan isu perang saudara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya