IPOH: Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Asia kali Ke-14 2023 yang berakhir di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.
Malaysia meraih tiga daripada empat emas yang dipertandingkan pada hari akhir kejohanan sesi kedua itu.
Dengan itu, pasukan negara meraih empat emas, dua perak dan dua gangsa termasuk satu pingat satu emas, dua perak dan satu gangsa pada sesi pertama tiga hari lalu.
Filipina menduduki tempat kedua dengan tiga emas dua gangsa diikuti India satu emas tiga perak dan satu gangsa .
Pingat emas negara diperoleh melalui acara perseorangan lelaki (Msin),men fours, dan women triples.
Izzat Shameer Dzulkeple meraih pingat emas acara lelaki perseorangan dengan menundukkan pemain India, Putul Sunawal 21-6.
Kuartet lelaki fours (mfour) negera terdiri daripada Muhammad Hizlee Abdul Rais, Amirul Daniel Abdul Rahim, Muhammad Haiqal Azami dan Mohammad Soufi Rusli beraksi mantap untuk mengutip emas hari ini.
Mereka menundukkan kuartet Thailand, Naret Alangetuan,Saman Pollangeon, Pattawee Montien dan Thanakrit Thammasarn, 16-13 .
Trio Nurul Alyani Jamil, Syafiqa Haidar Afif dan Azlina Arshad muncul juara acara triples wanita selepas menundukkan Rupa Rani Tirkey, Pinki dan Tania Choudhury 17-10.
Malaysia juga muncul juara keseluruhan kejohanan B-25 tahun dengan memenangi acara mixed pairs. – UTUSAN