MAIS perkenal platform Kalkulator Fidyah puasa - Utusan Malaysia

MAIS perkenal platform Kalkulator Fidyah puasa

Kalkulator fidyah
ABDUL AZIZ Mohd. Yusof (kiri) melancarkan kalkulator fidyah itu di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan Kalkulator Fidyah bagi memudahkan umat Islam membuat pengiraan tepat bayaran ganti puasa.

Platform digital itu mempunyai tiga kadar bayaran yang ditetapkan iaitu RM2, RM4 dan RM6, berbanding sebelum ini perlu melakukan kiraan sendiri dengan turut dibantu pegawai berkaitan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, objektif utama pihaknya bertujuan membantu orang ramai mengira kadar fidyah sebenar sebelum membuat bayaran.

“Kini, Kalkulator Fidyah itu memberi kemudahan baharu dalam membuat pengiraan dengan pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas faktor tertentu.

“Mereka termasuk dari luar Selangor yang ingin menggunakan platform itu boleh melayari laman web kami di www.mais.gov.my,” katanya selepas program Hi-Tea Bersama Media dan pelancaran perkhidmatan itu, petang tadi.

Jelas Abdul Aziz, pelaksanaan Kalkulator Fidyah itu diharap membantu mencapai sasaran kutipan fidyah berjumlah RM20 juta pada tahun ini dan dalam masa sama meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajibannya.

“Tahun lalu, kami telah mengagihkan kutipan RM6.85 juta menerusi bantuan makanan kering dan wang tunai kepada golongan memerlukan. Kami berharap jumlah kutipan akan terus meningkat termasuk menerusi Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor bermula 22 Februari ini hingga 22 Mac depan.

“Keadaan itu berlaku kerana mereka sememangnya langsung tidak mengetahui kewajipan membayar fidyah sekiranya tidak berpuasa. Fidyah merupakan sesuatu yang dibayar bagi menebus diri sama ada harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam amal ibadah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya