PETALING JAYA: Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada bulan depan. Menurut bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu, beliau memutuskan demikian kerana mahu memperkukuh UMNO yang kini berada dalam situasi yang mencabar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Saya menawarkan diri untuk bersama-sama saf kepimpinan bagi membantu Presiden dan Timbalan Presiden berbekalkan pengalaman saya selama ini di peringkat Persekutuan dan negeri. “Di atas faktor itu, bagi menggembleng semangat perjuangan UMNO saya membawa gagasan kebersamaan perjuangan dalam pemilihan kali ini demi perjuangan UMNO,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya