Mahasiswa UiTM jaga tatasusila - Utusan Malaysia

Mahasiswa UiTM jaga tatasusila

Mahasiswa UiTM
ROZIAH MOHD. JANOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tinggal di luar kawasan kampus diseru menjaga tata susila agar tidak menhadi ‘buah mulut’ masyarakat setempat hingga menyebabkan tiada pemilik sanggup menyewakan rumah mereka.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor, tindakan mahasiswa luar kampus UiTM menimbulkan suasana tidak menyenangkan seperti bising dan menyebabkan kesesakan dalam sesuatu kawasan perumahan hanya boleh diatasi oleh tindakan proaktif individu itu sendiri.

“Semasa sesi turun padang minggu pertama (sesi pengajian) baru-baru ini, penduduk ada mengadu ramai sangat mahasiswa UiTM semasa turun lif.

“Tempat tersebut (kondominium) adalah tempat eksklusif, tetapi apabila ramai mahasiswa masuk ia sudah jadi tidak eksklusif. Justeru saya menyarankan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menasihati mahasiswa luar kampus (menjaga kelakuan mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung isu pemilik rumah di luar kampus UiTM yang enggan menyewakan rumah mereka kepada mahasiswa UiTM yang menyebabkan penduduk berasa tidak selesa dengan kehadiran kelompok tersebut.

Mengulas lanjut Roziah menjelaskan, polisi UiTM membenarkan mahasiswa selepas beberapa semester berada dalam kampus untuk tinggal menyewa di luar dan membantu mereka melalui Unit Non-Resident untuk memastikan kebajikan mereka terjamin.

“Unit tersebut berfungsi menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa yang ingin menyewa di luar. Kepada tuan rumah yang mahu menyewakan rumah mereka, dengan adanya unit ini kita membuka ruang untuk mereka mengiklan kekosongan rumah mereka,”ujarnya.

Katanya lagi, dengan adanya ribuan mahasiswa di luar kampus, kegiatan ekonomi mikro akan lebih rancak dan memberi manfaat kepada penduduk sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya