Lima sekeluarga nyaris lemas di air terjun

Lima sekeluarga nyaris lemas di air terjun

AMBULAN membawa mangsa untuk mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kulim selepas hampir lemas ketika sedang mandi di sebuah kolam di kawasan rekreasi Air Terjun Junjung di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Lima sekeluarga nyaris lemas ketika berkelah serta mandi-manda di kawasan rekreasi Air Terjun Junjung, di sini pada pukul 1.50 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kejadian itu disedari orang ramai yang berada di situ dan bertindak pantas menyelamatkan kesemua ahli keluarga berkenaan yang berusia antara 25 hingga 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, orang awam turut menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum tiga daripada mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Kulim untuk diberikan rawatan.

“Pihak ambulans Hospital Kulim tiba di tempat kejadian pada pukul 2.15 petang dan membawa tiga mangsa ke hospital iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 26 dan 56 tahun bagi mengeluarkan air yang memasuki paru-paru mereka.

“Keadaan ketiga-tiga mangsa kini stabil, manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki masing-masing berumur 54 dan 28 tahun tidak mengalami kecederaan serius ketika diperiksa di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, keluarga berkenaan yang berasal dari daerah ini mengunjungi kawasan air terjun tersebut untuk berkelah pada cuti hujung minggu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya