Lima isu dibangkit sesi townhall bersama Dr. Zaliha

Lima isu dibangkit sesi townhall bersama Dr. Zaliha

PARA doktor ketika hadir sesi townhall bersama Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak lima isu utama dibangkitkan pada sesi Townhall bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bersama pelbagai peringkat pegawai perubatan hari ini.

Pejabat Menteri Kesihatan menerusi kenyataan akhbar berkata, isu berkenaan termasuk isu doktor kontrak, penambahbaikan fasiliti kesihatan awam, kekurangan doktor di Jabatan Kecemasan, penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan dan isu-isu teknikal.

Menurutnya, Dr. Zaliha sangat menghargai dan menghormati pandangan, maklum balas dan cadangan yang diberi sepanjang sesi Townhall yang diadakan selama lebih dua jam itu.

“Dengan semua cadangan dan maklum balas yang diperoleh, beliau (Dr. Zaliha) akan berusaha menangani isu-isu berkenaan sama ada dari segi polisi atau teknikal yang melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengawai perubatan yang hadir dan memberi komitmen, tiada doktor yang akan dikenakan tindakan tatatertib kerana menghadiri sesi pada hari ini,” katanya.

Katanya, seramai kira-kira 350 orang doktor yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan menghadiri Sesi Townhall yang berlangsung di Ibu Pejabat KKM, di sini.

Sesi Town Hall yang dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya