‘Lihat betapa comel wajah saya’ - Utusan Malaysia

‘Lihat betapa comel wajah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RATU pop dunia, Madonna, sekali lagi mencetus kontroversi ketika tampil pada Anugerah Grammy Ke65, baru-baru ini. 

Wajah penyanyi tersebut yang kelihatan jauh berbeza berbanding dahulu, hangat diperkatakan netizen di media sosial. 

Ada yang menyifatkan pembedahan plastik yang dilakukan penyanyi tersebut sebagai keterlaluan sehingga membuatkan wajahnya kelihatan hodoh. 

Gara-gara penampilannya itu, Madonna, 64, menerima kecaman dan dikritik hebat. Ada dalam kalangan peminat mengecam Madonna apabila terlalu ketagih melakukan pembedahan plastik. Dia juga dikatakan tidak dapat menerima hakikat sudah bergelar warga emas. Tidak terkecuali, ada ibu bapa yang khuatir tindakan penyanyi tersebut mengubah wajahnya menjadi ikutan anak-anak mereka. 

Madonna bagaimanapun, membalas serangan netizen menerusi kapsyen sindiran berserta sekeping gambar di Twitter. 

Sindiran tersebut ditujukan Madonna kepada mereka yang menyakiti hatinya dengan melayangkan pelbagai komen berbaur penghinaan terhadap penampilan terbaharunya itu. 

“Lihat, betapa comel wajah saya apabila bengkak akibat pembedahan plastik mulai surut,” tulisnya berseloroh. 

Terdahulu, Madonna meluahkan kekecewaan terhadap sindiran netizen yang lantang mengutuk rupa parasnya. 

“Masyarakat lebih berminat untuk bercakap tentang gambar jarak dekat wajah saya, berbanding ucapan saya memperkenalkan penghibur berbakat, Sam Smith dan Kim Petras pada anugerah tersebut,” luahnya. 

Kontroversi berhubung ketagihan penyanyi tersebut terhadap pembedahan plastik bukan tercetus ketika penampilannya pada Anugerah Grammy sahaja, malah sudah lama berlarutan. 

Dua tahun lalu, portal The Enquirer melaporkan, perubahan luar biasa pada wajah Madonna semakin ketara ketika hadir di sebuah kelab malam di New York, Amerika Syarikat. 

Seorang saksi yang berada di kelab tersebut menyifatkan rupa parasnya sebagai teruk dan merisaukan. 

“Matanya hampir tertutup dan pipinya membengkak umpama disengat tebuan,” katanya. 

Saksi lain yang bertembung dengan penyanyi tersebut di kelab malam berkenaan turut menyamakan wajahnya dengan pempengaruh media sosial, Jocelyn Wildenstein yang terkenal dengan menukar wajah untuk kelihatan seperti seekor kucing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya