Lelaki parah ditembak di Betong dilaporkan stabil - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditembak di Betong dilaporkan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lelaki yang parah selepas ditembak individu tidak dikenali di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand Sabtu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berusia 55 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Betong.

“Saya difahamkan, lelaki berasal dari Pengkalan Hulu itu telah mendapat rawatan bagi membuang peluru di badannya.

“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang rakyat Malaysia parah di bahagian perut dan paha akibat ditembak ketika sedang menunggang motosikal di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Suspek menunggang motosikal dipercayai warga Thailand itu berjaya melarikan diri dan setakat ini, penyerang terbabit masih belum ditangkap.

Motif serangan sekitar pukul 9 malam itu belum diketahui sama ada berpunca daripada hal peribadi atau perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya