Lelaki ditikam pesakit stabil, selesai pembedahan - Utusan Malaysia

Lelaki ditikam pesakit stabil, selesai pembedahan

Lelaki ditikam
SEORANG pesakit ditikam selepas diserang secara tiba-tiba oleh pesakit lain dekat Hospital Selayang di Gombak, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang cedera ditikam pesakit mental di Hospital Selayang semalam kini stabil selepas menjalani pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi hospital itu.

Bagaimanapun, pesakit yang menikam mangsa ditahan jururawat dan pegawai perubatan di sana sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, insiden itu berlaku di Jabatan Kecemasan dan Trauma, kira-kira pukul 3 petang.

“Mangsa tikaman kemudian diberi rawatan kecemasan dan menjalani pembedahan dengan kadar segera. Kini, pesakit dalam keadaan sedar dan stabil di hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sha’ari, laporan polis dibuat pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Kes itu masih dalam siasatan polis bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik.

“Kejadian lelaki ditikam itu melibatkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

“Ia boleh terjadi di mana-mana dan kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya