Lelaki ditangkap selepas tumbuk ibu - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap selepas tumbuk ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Gara-gara bertindak menumbuk ibu kandungnya sendiri, seorang lelaki ditahan polis dalam kejadian di Bahau di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki yang berusia 25 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima aduan dari mangsa yang berusia 51 tahun kira-kira pukul 9.21 pagi.

“Kira-kira pukul 5.30 pagi semasa mangsa berada di rumah, anak lelaki mangsa yang tidak bekerja telah membuat bising di dalam rumah. 

“Mangsa telah menegur anak lelakinya itu supaya senyap namun telah dimarahi anaknya sendiri. Anaknya itu juga telah menumbuk bahagian belakang bahu mangsa sebanyak dua kali menarik rambut dan menolak mangsa sehingga jatuh. 

“Susulan kejadian di ruang dapur rumah itu mangsa mengalami sakit di bahagian bahu. Semasa kejadian suspek dalam keadaan mabuk dan disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang ketika itu berada di lokasi yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Jempol dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut.

“Suspek ditangkap polis untuk siasatan lanjut dan direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 10 Februari nanti. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT),” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya