Lelaki dakwa tipu pelaburan Sri Lanka RM1.09 juta - Utusan Malaysia

Lelaki dakwa tipu pelaburan Sri Lanka RM1.09 juta

Pelaburan Sri Lanka
M. Parlimalam Rajo Isa tidak mengaku bersalah di mahkamah atas tiga pertuduhan menipu pelaburan wang Sri Lanka yang tidak wujud berjumlah RM1.09 juta, dekat Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan menipu berkaitan pelaburan wang Sri Lanka yang tidak wujud berjumlah RM1.09 juta pada 2017 dan 2018.

Tertuduh, M. Parimalam Rajo Isa, 67,  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Berdasarkan tiga pertuduhan, dia didakwa menipu seorang lelaki berusia 41 tahun untuk menerima wang pelaburan dari Sri Lanka yang tidak wujud sehingga mengalami kerugian sebanyak RM190,000, RM400,000 dan RM500,000.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sekitar daerah ini antara Februari 2017 hingga 22 Februari 2018.

Justeru, pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Abd. Raof menawarkan kos ikat jamin tertuduh berjumlah RM20,000 dengan seorang penjamin.

Peguam K. Revathi yang mewakili Parimalam bagaimanapun memohon pengurangan kerana tertuduh merupakan pesakit jantung yang menjalani rawatan di hospital swasta.

Muhamad Anas kemudian membenarkan kos ikat jamin RM12,000 dan menetapkan sebutan kes pada 16 Mac depan.

Difahamkan, tertuduh sebelum ini turut didakwa di mahkamah lain atas kesalahan sama namun melibatkan amaun berbeza. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya