Lebih RM100,000 naskhah al-Quran langgar akta cetakan dirampas - Utusan Malaysia

Lebih RM100,000 naskhah al-Quran langgar akta cetakan dirampas

NIK YUSAIMI Yussof (tengah) menunjukkan sebahagian naskah al-Quran yang dirampas kerana kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) merampas sejumlah 3,067 unit naskhah dan bahan bacaan al-Quran melibatkan kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bernilai lebih RM100,000.

Setiausaha PKK KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, rampasan itu dibuat dalam sebuah serbuan menerusi Ops Mulia Bil. 1 awal bulan ini, di sebuah rumah pangsa dekat Bukit Mertajam, di sini.

“Semasa serbuan dibuat, kita berjaya merampas sebanyak 1,907 unit naskhah al-Quran dan 2,060 bahan bacaan al-Quran melibatkan kesalahan di bawah APTQ 1986 dan AMCP 1984,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, Ops Mulia Bil. 1 itu dijalankan di Pulau Pinang dan Selangor dengan hasil rampasan dianggarkan RM160,000.

“Hasil rampasan tersebut terdiri daripada al-Quran dan bahan bacaan al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan KDN melalui Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) manakala hasil rampasan bagi Pulau Pinang sahaja sebanyak RM103,000,” katanya.

Menurutnya, kesemua rampasan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(1) dan Seksyen 14(1) APTQ 1986.

“Kita dapati kesemua premis yang diperiksa tersebut telah menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan al-Quran dan bahan al-Quran ini sebagai sumber pendapatan utama dan telah menjalankan aktiviti ini sejak tahun lalu sehingga sekarang.

“Malah, aktiviti pengedaran dan penjualan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan dijual melalui pelbagai platform dalam talian,” katanya.

Menurutnya, antara kesalahan yang sering dikesan termasuk kesilapan cetakan dan ayat al-Quran, tiada pelekat hologram serta tiada perakuan sah oleh KDN yang jelas tidak melalui proses semakan daripada pakar.

“Sehingga kini, terdapat 912 pruf akhir teks al-Quran di Malaysia yang mana sejumlah 912 jenis terbitan al-Quran yang telah diluluskan KDN sebagai pilihan sama ada untuk dijual, dimilik atau diedar dalam kalangan masyarakat.

“Amalan membaca al-Quran tanpa semakan dan kelulusan daripada LPPPQ KDN dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat berkaitan teks al-Quran, sebutan, bacaan dan maksud yang tidak tepat kerana tidak melalui proses semakan dan ditentusahkan betul oleh pakar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya