Lebih baik saya masuk Gegar Vaganza – Rafizi

Lebih baik saya masuk Gegar Vaganza – Rafizi

RAFIZI Ramli bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) melihat mesin layan diri makanan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat di LRT Cempaka, Ampang, hari ini. -  FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: “Kalau ahli politik tindakan dan keputusannya semata-mata untuk meraih populariti, lebih baik saya masuk Gegar Vaganza.”

Demikian reaksi daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kepada laporan sebuah akhbar di mana mendapati rakyat mengatakan beliau antara menteri yang mendapat skor rendah kerana rakyat masih tidak berpuas hati dengan gerak kerjanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tugasnya sebagai menteri adalah memperbaiki keadaan struktur ekonomi negara iaitu melibatkan seluruh rantaian.

“Saya faham bahawa perkara yang betul-betul diperhatikan rakyat setiap hari ialah soal harga barang. Perkara tersebut bukan boleh diselesaikan dalam tempoh satu atau tiga minggu.

“Kerjaya politik saya memang pada awalnya saya ambil keputusan tidak popular. Semasa bertanding untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada perkara yang saya tidak bersetuju secara terbuka dengan Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Rekod saya selalunya, kalau saya merasakan perkara itu betul dan saya fokus. Dua tiga bulan akan datang apabila ia menjadi maka orang akan diam, sebab itu sebagai ahli politik saya tidak terikut-ikut dengan dilambung dan dimainkan baik dari pihak media mahupun sosial media,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, fokusnya sekarang adalah menjalankan tanggungjawab diberi dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah dihadapi rakyat untuk jangka masa panjang.

“Sama dalam soal perancangan ekonomi, kita ada masalah struktur yang besar. Kita tidak ada wang seperti sebelum ini, hutang kita RM1.5 trilion jadi tidak boleh mengharapkan kerajaan ambil wang dan subsidi untuk menurunkan harga barang.

“Jika melakukan seperti itu akan menambah masalah. Sebab itu untuk menurunkan harga barang, kita mesti mengatasi ia daripada segi perbekalan dan juga permintaan. Perkara ini melibatkan orang ramai kerana untuk mengubah sikap akan mengambil masa,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin apabila sampai masanya rakyat akan kurang bercakap kerana masalah dihadapi sudah berjaya diselesaikan mengikut jangka masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya