Lapor segera kerosakan infrastruktur akibat banjir - Utusan Malaysia

Lapor segera kerosakan infrastruktur akibat banjir

RUBIAH Wang (dua dari kanan) ketika menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang di Wisma Perda, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meminta agensi berkaitan melaporkan sebarang kerosakan infrastruktur akibat banjir bagi membolehkan isu terbabit ditangani segera.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, semua agensi dan jabatan perlu saling membantu menyalurkan maklumat bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan.

“Usaha kita adalah cuba membantu bukan sahaja menyediakan kemudahan semasa banjir, tetapi juga menjalankan kerja pembaikan infrastruktur yang terkesan disebabkan banjir.

“Bagaimanapun, jika laporan kerosakan yang diterima membabitkan agensi lain, kita akan cuba berunding antara kedua-belah pihak supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

“Sebagai contoh, kementerian dengan segera telah menyerahkan surat arahan pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Sabah dan memperuntukkan RM400,000 bagi membina semula jambatan dan jeti di Pulau Pababag yang dilaporkan roboh pada 30 Januari lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis anugerah perkhidmatan cemerlang di Wisma Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Dalam perkembangan lain, Rubiah turut memuji usaha Perda membangunkan projek agrotourism Tasek Gelugor yang bakal berfungsi sebagai pemangkin ekonomi luar bandar.

“Kawasan ini dilengkapi infrastruktur asas seperti jeti, ruang parkir dan depoh rehat.

“Pelbagai program riadah antaranya aktiviti menaiki bot, memancing selain gerai jualan yang diusahakan penduduk membantu menjana pendapatan masyarakat setempat.

“Selain itu, program ini turut dapat memelihara dan memulihara alam semulajadi, budaya dan adat resam masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya