Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Subang diperbesar - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Subang diperbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan merancang membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang bagi menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu jauh lebih menjimatkan berbanding membina lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah yang dianggarkan menelan belanja RM7 bilion.

Katanya, usaha pembesaran kedua-dua lapangan terbang tersebut akan diterajui oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Cadangan pembesaran yang akan diterajui oleh MAHB ini dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan RM7 bilion,” katanya sewaktu membantangkan Belanjawan 2023 di Parlimen, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata selaras usaha menggiatkan pelaburan dalam sektor keutamaan, kerajaan juga memandatkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai hab kewangan antarabangsa Malaysia. 

“TRX perlu berusaha menarik industri kewangan global supaya berupaya menjadi destinasi utama pelaburan asing berkualiti tinggi yang boleh memperkukuh ekosistem perniagaan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga bercadang memperkukuh pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan dengan pakej imbuhan yang berdaya saing.

“Ini bertujuan menarik pelabur antarabangsa dan pekerja berpengetahuan menetap di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya