KPWKM merangka Akta Antigangguan Seksual

KPWKM merangka Akta Antigangguan Seksual

NANCY Shukri ketika hadir dalam program KPWKM Bersama Media di Kuala Lumpur, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) akan merangka peraturan serta membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, akia ini merupakan fokus utama KPWKM kini bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

“Akta ini masih dalam proses menghalusi fungsinya supaya tidak disalah guna oleh sesiapa yang mahu mengambil tindakan terhadap seseorang yang melakukan gangguan seksual.

“Akta ini sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Oktober 2022 dan diwartakan pada 18 Oktober 2022 lalu.

“Kita juga mahu supaya program hebahan dan advokasi dapat dimulakan dengan kadar segera. Saya yakin KPWKM dan pihak media boleh bekerjasama rapat untuk merealisasikan hasrat supaya segenap lapisan masyarakat mendapat kesedaran akan adanya akta ini.

“Selain Akta Antigangguan Seksual, KPWKM juga bertanggungjawab terhadap 11 Akta lain termasuk akta yang berada di bawah kementerian atau agensi lain tetapi melibatkan fungsi KPWKM,” katanya semasa program KPWKM Bersama Media di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, peranan media adalah sebagai pihak yang membantu kerajaan untuk menyebarluaskan inisiatif kerajaan dan bertindak sebagai ejen pengubah bagi menyampaikan maklumat yang sahih kepada kumpulan sasar KPWKM.

“Dengan perkembangan teknologi yang membolehkan maklumat disebarkan dengan sangat cepat, hanya di hujung jari dan peningkatan penggunaan media dalam talian seperti Facebook, Instagram dan TikTok, cabaran untuk mengurus persepsi masyarakat terhadap kerajaan khususnya KPWKM memerlukan kami semua bertindak lebih cepat dan responsif.

“Namun, pada masa yang sama, aspek integriti dan kesahihan maklumat juga tidak boleh diabaikan terutamanya bagi isu-isu teknikal yang melibatkan pelbagai akta dan peraturan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya