KJ sertai Hot FM - Utusan Malaysia

KJ sertai Hot FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Johan Raja Lawak, Fara Fauzana dan AG sebagai penyampai stesen radio Hot FM bermula Rabu depan.

Perkembangan tersebut dikongsikan Media Prima Audio (MPA) dalam satu kenyataan, hari ini.

MPA memaklumkan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ akan bergandingan bersama barisan penyampai tersebut mengendalikan segmen Bekpes Hot mulai 15 Februari ini.

KJ dalam wawancara menerusi panggilan telefon dalam segmen tersebut pagi tadi mengesahkan perkara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran dalam kenyataan sama berkata, pelantikan Khairy sebagai penyampai radio berkenaan merupakan inisiatif untuk menjadikan stesen berkenaan lebih relevan dan segar kepada pendengar.

“Khairy bukan sekadar ahli politik dan pemimpin yang hebat, malah beliau juga seorang yang berpengaruh dan membawa impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran beliau bukan sahaja meenyuntik perbezaan kepada segmen berkenaan, malah bakal mencetuskan landskap baharu buat industri penyiaran radio negara.

“Segmen tersebut akan ditambah baik dengan kandungan komedi melucukan dan celoteh yang lebih menghiburkan untuk memberi aura positif buat pendengar,” katanya.

Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin dalam pada itu memaklumkan, pihaknya akan berbincang dengan Khairy untuk pengisian sajian lebih hebat untuk pendengar.

“Khairy miliki banyak idea untuk mewarnakan lagi segmen tersebut. Kehadiran beliau bersama Johan, Fara dan AG perlu dinantikan peminat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya